Saturday, December 10, 2011

Sikap di pusat membeli belah masyarakat di Kuantan, Pahang



kehidupan bermasyarakat amat penting dalam kehidupan kita. kita juga dilahirkan dalam suasana kehidupan bermasyarakat dan kita diajar agar menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda. namun sikap tersebut pada masa sekarang kian terkikis. budi bahasa yang diwawarkan dalam media massa ditekankan agar menjadi amalan masyarakat Malaysia hanyalah sekadar retorik pemujukan bagi mewujudkan identiti bangsa oleh pihak tertentu. Agama Islam sendiri sudah mempraktikan amalan sifat yang baik
dan menjauhi perkara yang tidak baik. Namun semua ini terlepas pandang apabila mereka melakukan sesuatu tanpa mereka sedari mereka telah mendedahkan sifat yang kurang menyenangkan di mata kita dan juga orang lain. beberapa pemerhatian dilakukan sepanjang aku berada di kuantan ini dan juga aku mendapat maklum balas berkenaan sikap-sikap mereka yang mengunjungi pusat membeli belah ini. pelbagai karenah telah dilihat terutama apabila mereka ingin membayar di cashier.

kita tidak perlu pergi jauh, cuma perhatikan sikap mereka apabila ingin membayar. kebanyyakan daripada pelanggan yang mengunjungi pusat membeli belah bersifat tidak penyabar, biadap , bercakap kasar, tidak kira mereka tu tua atau muda, perempuan atau lelaki dan tidak tahan dan yang berkopiah juga menunjukan sikap yang tidak baik. apakah faktor yang menyebabkan mereka suka bermasam muka, tidak sabar semasa ingin membayar.
seorang customer ini yang ingin membayar sepatutnye menyediakan wang yang secukupnya namun customer ini memang cukup pun duitnye tetapi melampau-lampau duit kecik yang dibaginya. customer tersebut memberi wang seringgit dalam seratus ringgit. puaslah si juruwang ni duk mengira wang tersebut. dahla masa tu customer lain beratur panjang di belakang terpaksa menunggu si customer ni kerana mengambil masa untuk mengira duit singgit singgit yang berjumlah ratusan ringgit ni. perihatinla cikit pada customer yang lain. sikap pentingkan diri inilah salah satu sikap pembeli di kuantan. dia sendiri tahu dan dia sengaja memberi wang tersebut mungkin kerana tidak mahu menyimpan sehinggakan menyusahkan orang lain. customer juga haruslah memahami juruwang perlu mengira wang tersebut tepat setepat tepatnye kerana jikalau berlaku lebihan atau kekurangan ia akan menyebabkan juruwang tersebut perlu membayar ganti rugi lebihan atau kekurangan tersebut. bayangkan pasaraya tersebut setiap customer membeli barang dengan harga ribuan dan ratusan ringgit dan kebanyankanya amat banyak kerana ia merupakan sebuah pasaraya borong. jikalau kesilapan sedikit sebanyak satu ringgit bagi sorang customer dan customer yang membayar sepanjang juruwang itu bekerja selama 12 jam anggaran sebanyak 100 orang maknanya beliau perlu membayar 100 ringgit melebihi gaji harian yang sepatutnya dia dapat. sebab tu juruwang itu terpaksa berhati-hati kerana ia akan menyusahkan juruwang tersebut jika berlaku kesilapan

customer harus faham terhadap peranan juruwang jangan asyik duk nak cepat n marah-marah serta jeling pada juruwang, mereka juga ada hati dan mencari rezeki macam anda juga. kadang-kadang terdapat juga golongan tua yang bersikap kurang sopan. mereka marah2 dan mendesak. apasalahnya kalu mereka memberi senyuman dan mengucapkan terima
kasih terhadap juruwang. tidak rugi. peratusan customer yang datang dipasaraya itu kebanyakan bersikap buruk dari kain buruk.(data dari cashier COWBOY). bukan nak buat cerita tapi nilah gaya
orang timur. muda dan tua sama je apalah nak jadi. ubahlah sikap jadilah masyarakat yang penyayang k..peace


Thursday, October 13, 2011

Sir Henry Gurney yang dibunuh adalah Pembunuh





Siapa sir Henry Gurney? mungkin semua orang menjawab iaitu pesuruhjaya british yang dibunuh di Perak. Namun tidak semua tahu sebelum kedatangan beliau apakah yang telah beliau lakukan.

Beliau pernah memegang jawatan Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946 - 1948). dan pada masa itu telah berlaku peristiwa yang sangat dasyat. biarpun dibunuh memang wajar kerana beliau merupakan pembunuh rakyat palaestin

Terkini, terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney. Pesuruhjaya British ( jawatan macam PM)di Tanah Melayu tahun 1948 hingga 1951. Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu. Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.


Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948). Apa kerjanya? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin. Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948)yang meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin berlaku ketika Henry Gurney masih berada di bumi Palestin. Beliau datang ke Tanah Melayu Oktober 1948.



Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda. Tololkah kita?

Monday, October 10, 2011

Wanita Sekular dan lelaki sekular yang mane lebih ketara




Sekular atau dalam bahasa Arabnya dipanggil "al-'Ilmaniyyah" diambil dari perkataan ilmu (dalam bahasa Arab = 'ain, lam dan mim). Kononnya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan mafhum Islam yang juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak wahyu pertama lagi.

TETAPI sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada "al-'Ilmaniyyah" hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah "al-Ladiniyyah" yakni tanpa agama atau "al-La'aqidah" yakni tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang sekularisme.

sekular dikalangan orang Melayu Islam sekarang ini sangat membimbangkan. skop saya kecilkan dalam perbincangan kali lebih kepada persekitaran tempatan di kalangan orang Islam iaitu golongan islam lelaki dan wanita. Penampakkan golongan sekular walaupun mereka sendiri tidak sedar mereka berada dalam lingkungan itu banyak didapati kalu diperhatikan di setiap tempat anda.

Khususnya kepada negeri Pahang yang merupakan bandar yang biasa tidak seperti Kuala Lumpur gejala sekular banyak dan boleh di lihat. sekular yang saya tekankan adalah "sekular pemakaian" tidak kira lelaki dan perempuan. sekular ini terbahagi kepada banyak perkara dari segi politik, ideologi,ekonomi tetapi saya ingin membincangkan dari aspek sekular kepada akidah umat islam dari segi tatatertib.

Pada masa sekarang banyak masyarakat tidak menekan betapa pentingnya pemakaian terhadap kehidupan seharian. kalau dilihat disekitar pasaraya saje kita dapat lihat anak-anak muda dan juga ibu bapa juga mengenakan pakaian yang tidak tepat dengan etika Islam. saya cuba membawa isu ini jadi anda pikirkan.




sampai bila,

kenapa umat islam hari ini jadi begini. Terang-terang kita dapat lihat wanita yang beragama islam tidak memakai tudung. pakaian umpama artis barat, korea dengan kaya pakaian yang ketat berambut perang atau tidak bertudung bila ditanya nama mereka sape? ' nama saya nur Islam, siti syuhada, patutkah nama nama begini memakai pakaian seperti orang kafir. bila ditanya berdosa x kalu x pakai tudung, seratus peratus akan menjawab: 'ha ah berdosa tapi nnti dulu la saya x puas lagi nak dedah rambut bila dah kahwin nnti saya pakai la tudung atau bila-bila rasa nak'. ada juga yang pakai tudung tetapi aurat tangan didedahkan , ketat sehingga nampak susuk badan. jelas sekali tatacara pemakaian mengikut syariat islam adalah salah. masyarakat sedar perkara itu salah tetapi sudah menjadi kebiasaan pada masyarakat setempat.' ahh malas jaga tepi kain orang'. tetapi ada juga menegur tetapi dimarahi pula oleh sang yang tidak sedar diri. mungkin malu kerana dia pun tahu dia salah.

sampai bila!

sepanjang pemerhatian saya bertempat di kuantan parade, teluk cempedak dan sekitar kuantan memang hebat-hebat mengalahkan orang-orang di bandar-bandar besar seperti KL. reaksi orang lelaki bukannye masyallah tetapi alhamdulillah rezeki cuci mata lagi suka..adela.. kadang-kadang terdapat sekumpulan keluarga ibunya memakai tudung lengkap gaya islam tetapi ya allahhhh anaknya dibiarkan tidak bertudung pakaian seksi..jelas disitu ibunya tidak menegur dan megajar mengenai pemakaian anak mereka.

sampai bila!

lelaki cara lelaki, perempuan cara perempuan.. pada masa sekarang banyak golongan yang profesional dari orang islam.. tetapi golongan islam profesional sekular. semakin kaya semakin menampakan gaya sekularnya. sudah tidak peduli tentang syariat islam. mereka ngan anak-anak mereka juga dididik seperti mereka, tidak mementingkan agama. anak pun mengikut la...sembahyang jumaat pergi pergi, dengar ceramah pun dengar tetapi tidak memberi kesan kepada mereka ini yang mempunyai kelulusan yang tinggi.. dari aspek akidah memang teruk..jangan kata agama dari segi akhlak bagi golongan ini pun kita dah dapat ramalkan. dari segi bercakap, perlakuan, penilaian dan semua ini dipengaruhi oleh pemakaian. cuba bayangkan orang yang memakai skirt nampak lengan berambut perang menyatakan ini.. "Assalamualaikum, syukur pada allah kerana awak tolong saya..": ??????????' mesti orang yang dengar tu hairan kan.. nak sebut salam pun mesti tidak selesa dan dengan pemakaian mcmtu mesti dyrang sebut "hai", oi dan mcm2 lagi.

Ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan tatacara pemakaian yang betul mengikut gaya islam diterapkan kepada anak-anak. Bukan tidak boleh bergaya tetapi bergaya itu tidaklah sampai melanggar tatacara pemakaian Islam. kadang-kadang terdapat juga ibu-bapa yang mengambil berat mengenai pemakaian anak-anak, namun apabila anak mereka berada di luar kawalan ibu-bapa seperti bekerja diluar atau belajar di kolej atau Universiti mereka mula mendedahkan aurat tanpa pengetahuan ibubapa mereka. apabila pulang ke kampung mereka kembali memakai sopan takut diketahui oleh orang tua mereka. sikap kepuraan ini jelas menunjukkan rosaknya akidah golongan muda serta memandang enteng terhadap larangan agama mereka sendiri. bila sudah terjebak dengan gaya pemakaian yang tidak sopan lagi lebih mudah terdedah kepada gejala tidak sihat seperti pergaulan bebas. perempuan yang mendedahkan aurat akan lebih terdedah kepada lelaki yang suka mengambil kesempatan: "Pempuan ni boleh makan ni"- "wat geli-geli boleh la ni x boleh wat bini". lelaki cara lelaki, perempuan cara perempuan. semua ini berlaku di tempat kita munkin anda juga menyedari perkara ini jadi renung-renungkan.


Thursday, October 6, 2011

Menyingkap sejarah Komunis




Keengganan Parti Komunis Malaya Berdamai


Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Putera, Baling pada tahun 1955. Tunku Abdul Rahman yang mendapati Chin Peng enggan menerima syarat pembubaran PKM dan enggan menyertai pilihan raya melalui parti lain sebagai syarat pengampunan, bertindak menolak tuntutan PKM agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik yang sah.

Keengganan Parti Komunis Malaya Berdamai (Rundingan Baling)Dengan keengganan Parti Komunis Malaya berdamai, Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka tanpa Parti Komunis Malaya. Parti Komunis Malaya yang lemah diasak semakin jauh ke dalam hutan sehinggakan kadang-kala tersingkir keluar dari Malaysia khususnya di sempadan Malaysia-Thailand.

Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan runtuhnya Tembok Berlin di Jerman Timur tahun 1989, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dengan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai.

Perjanjian bersejarah itu telah menamatkan perjuangan bersenjata Parti Komunis Malaya selama 41 tahun dan mengembalikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong dan patuh kepada Perlembagaan dan undang-undang negara.

Selepas 1989, tiada ada lagi perjuangan bersenjata. Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin hanya dibenarkan menetap di sebuah perkampung khas di Yala, Thailand.

Cubaannya untuk kembali ke Malaysia,

1.Menerima sokongan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan dan parti DAP.

2. Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan malaysia, malah bangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya

Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia
*Setiap generasi membina impiannya. Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu.
*Kami telah membayar harga ke atas impian kami.
*Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya
sebagai suatu perjuangan yang adil.

3. Ia turut disokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas dasar perikemanusiaan

4. Chin Peng sedang membawa kesnya di mahkamah Pulau Pinang agar dia diterima pulang ke Malaysia. Penerimaan Chin Peng kembali ke Malaysia ditentang hebat oleh ramai sanak saudara mangsa kekejaman Parti Komunis Malaya seperti Penghulu, Imam, Guru termasuk polis dan tentera yang cedera dan terkorban.


Ini disebabkan Chin Peng merupakan orang yang bertanggung jawab dengan kegagalan Rundingan Baling dengan berkeras menuntut agar Parti Komunis Malaya diterima sebagai sebuah parti politik, walaupun telah ditawarkan pengampunan sebelumnya. Bagaimanapun terdapat pihak yang mempersoalkan kenapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh
(bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Muda) dapat diterima kembali ke Malaysia, tetapi tidak bagi Chin Peng.












(Gambar Hiasan)


-Persoalan ini dicetuskan tanpa memikirkan bahawa Chin Peng tidak pernah menyatakan kekesalannya membunuh rakyat Malaysia malah berbangga dan menulis buku bagi membenarkan tindakannya.
- bintang tiga disebut komunis di Malaya yang mewakili tiga kaum iaitu Cina,Melayu dan India-

Wednesday, October 5, 2011

Kenyataan Mat Sabu Mengecewakan



Isu polimik yang dibawa oleh ahli politik sejak kebelakangan ini telah melibatkan tafsiran sejarah dan olahan fakta yang mencetuskan kontroversi dalam negara. kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu ditentang oleh banyak pihak yang terdiri daripada golongan veteran, bekas-bekas politik dan juga parti kerajaan.

Dalam Isu politik, keadaan ini memberikan peluang kepada pihak kerajaan menghentam Mat Sabu kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya diluahkan. Malahan ahli sejarah negara juga menolak pandangan tersebut dengan menyatakan percakapan berdasarkan pandangan peribadi sendiri sehingga mendakwa komunis yang menyerang bukit kepong itu sebenarnya 'hero'. kesan daripada kenyataan tersebut menyebabkan masyarakat akan memikirkan timbal balik iaitu komunis hero manakala lawannya adalah jahat walaupun tidak dinyatakan.

Tapi apa kaitan dengan muzik tempatan..xde kene mengena pun cuma nk bagitahu pemikiran radikal sehingga mengeluarkan pandangan yang radikal seperti itu tidak sesuai diluahkan secara umum. Mengulas mengenai komunis ini, memang benar matlamat komunis adalah untuk membebaskan tanah melayu daripada penjajah namun jalan yang diambil adalah salah iaitu mengunakan kekerasan. tambahan lagi ideologi komunis ini tidak diterima oleh masyarakat tanah melayu ini disebabkan fahaman yang terdapat bertentangan dengan agama dan ketidaksesuaian sistem itu terhadap negara ini.


Melihat keadaan sekarang banyak negara besar dikuasai oleh pemerintahan komunis seperti China, Korea Utara dan juga Rusia. Namun di Malaysia sangatla berbeza yang sekarang mengamalkan demokrasi liberal dan raja berpelembagaan dan meletakkan pelembagaan sebagai undang-undang terbesar. kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu banyak mengecewakan masyarakat malaysia kini. Namun jika ditanya adakah golongan muda merasa terhiris dengan ulasan Mat Sabu itu ataupun hanya golongan tua sahaja yang menentang pandangan tersebut?. kesedaran harus ada dan ia bermula di sekolah yang menjadi tanggungjawab golongan pendidik agar menyampaikan pengetahuan berkenaan sejarah negara kita, ia perlu agar golongan muda tidak terkeliru dengan kenyataan seperti yang dilontarkan oleh Mat Sabu. Sebagai ahli politik yang disegani sangat mengecewakan kerana beliau sanggup mengeluarkan pandangan yang radikal bagi saya dan tidak sesuai pada tempatnya. bermain dengan fakta sangat bahaya dan juga olahan berdasarkan fakta berdasarka peristiwa tertentu akan membawa impak kepada pemikiran masyarakat pada masa kini.

Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang merupakan impian masyarakat tanah melayu semasa era penjajahan namun kita sebagai generasi muda sekarang seharusnya bersyukur dan berusaha membangunkan negara memartabatkan warisan dan juga mengetahui sejarah negara kita agar tidak mudah menerima dengan mudah sebarang kenyataan yang radikal.

Saturday, April 25, 2009


Pencinta muzik Underground “bawah tanah”



Keadaan di Malaysia dimana pekembangan muzik berkumpulan secara bawah tanah amat menggalakkan khususnya dikalangan generasi muda zaman sekarang. Gelombang ketiga menyusuri pada abad ini di mana pengaruh muzik bawah tanah semakin kuat. Kemunculan pelbagai kumpulan-kumpulan bawah tanah bergiat aktif di Malaysia tapi kedudukan dan persekitaran mereka mempengaruhi terhadap pembawaan genre muzik mereka. Kawasan di bandar dan di pinggir bandar lebih banyak mempengaruhi kemunculan-kemunculan kumpulan bawah tanah ini yang membawa muzik alternative iaitu pelbagai. Dimana di kawasan desa perkembangan muzik dikatakan perlahan dan lebih tertumpu kepada muzik kugiran di kenduri kahwin.

Kebanyakkan masyarakat yang kurang mengenali dengan istilah underground ini dengan mengaitkan pemuzik bawah tanah ini membawa elemen-elemen negatif yang meruntuhkan akhlak. Namun melalui aktiviti inilah dapat mengelakkan pemuda-pemudi daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan diri mereka. Dengan penumpuan terhadap bakat masing-masing, dalam penciptaan muzik, pengkajian muzik dan bermain muzik di kalangan mereka boleh menjadi satu hobi yang amat berguna di samping membolehkan mereka berfikiran kreatif dalam mencipta lagu.

Istilah ‘underground’ digunakan membawa erti artis bawah tanah yang tidak dikomersialkan dan mereka bermain di gigs atau di bawah pengajuran syarikat kecil-kecilan dan mereka tidak terikat dengan mana kontrak dengan syarikat hiburan yang komersial atau tidak tergolong dalam kalangan artis Mainstream. Underground juga membawa maksud kelainan di mana mereka mencipta kelainan pada muzik mereka, mempunyai personaliti yang berbeza, mempunyai pemilihan terhadap genre masing-masing. Istilah underground ini juga membawa maksud Independent band di mana mereka berdiri sendiri di atas kaki mereka dalam penghasilan album mereka. Pelbagai genre di bawa oleh mereka, dan kebanyakkan pengaruh muzik datang darip
ada barat dan terdapat juga di jepun.

Kumpulan-kumpulan underground di Malaysia seperti Acid, Another Side, Butterfingers, Candy, Cronic Mass, Eastrules, Dead Mashroom, Disaster Funhouse, Nigtmare, IntoXicated, Nice Stupid Playground, Sil Khanaz, Spiral Kinetic Circus, The Beads, The Pilgrims dan banyak lagi, kalu nak senarai sampai esok x abis.



Sejarah Underground di Malaysia

Sejarah underground di Malaysia ini sudah pun dimulakan oleh segelintir remaja pada lewat 70an dahulu. Mereka pada mulanya lebih terpengaruh kepada muzik punk setelah banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga daripada band The Sex Pistols yang begitu popular ketika itu. Mereka mula mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk dan mula berhubung dengan scene punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut. Ketika itu juga telah muncul segelintir pemuzik yang memainkan irama yang lebih keras iaitu thrash metal. Muzik ini dikesan pada sekitar awal tahun 1984 dan mula berkembang selepas lebih kurang dua tahun selepas itu. Antara band metal terawal di Malaysia ialah Punisher, Nemesis, Glottis, Picagari dan FTG. Mereka ini kebanyakannya mendapat pengaruh band-band luar negara seperti Sodom, Kreator, Black Sabbath, Venom, Slayer, Bathory dan King Diamond.

Pada peringkat awal ia tidak dilabel muzik underground kerana tidak wujud suasana bertukar-tukar demo tape, maklumat dan membuat fanzine sendiri. Material-material dari luar negara ( album, demo dan majalah ) masih lagi tidak dijual di sini. Kebanyakannya hanya dibawa oleh pelajar-pelajar di luar negara dan mana-mana mamat yang berminat cuma fotostat dan dubbing sahaja daripada mereka.


Bermula pada tahun 1988, keadaan sudah menjadi semakin hangat apabila sudah ramai remaja yang berminat muzik sebegini. Muzik tersebut sudah mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik sperti death metal, industrial, grindcore dan black metal. Kalau sebelum itu jika sesuatu muzik itu lebih berat daripada heavy metal, ianya dipanggil thrash metal. Selain daripada band-band yang disebutkan tadi, sudah ada band yang memainkan muzik yang lebih ganas konsepnya iaitu black metal. Antara band black metal terawal ialah Black Fire, Rator dan Vulga. Pada tahun itu juga sebuah konsert thrash metal pertama kali telah diadakan di Stadium Negara dengan aksi band Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death. Penonton dianggarkan sekitar 6000 orang walaupun sebelum beberapa buah media tempatan mengatakan konsert tersebut tidak akan mendapat sambutan ekoran daripada jenis muzik yang dibawakan.

Suasana underground mula wujud apabila sudah banyak band mula merakamkan demo, membuat fanzine dan sudah ada gig secara kecil-kecilan. Muzik thrash, black dan death metal telah dilabel sebagai muzik underground. Pada penghujung tahun 1989, Rator telah


merakamkan demo mereka yang pertama iaitu 'Evil Symphony' di Hellion Studio, Sil Khannaz juga telah ditubuhkan pada waktu ini. Fanzine juga telah mula wujud dan antara yang terawal ialah Aedes ( Joe Kidd ) dan Thrash Attack ( Aziz ). Zine Thrash Attack hanya dikeluarkan sehingga isu ke lapan sahaja dan selepas itu Aziz menyambungnya dengan zine Vortex From The East. Ada yang mengatakan zine Aedes ( dimulakan pada tahun 1986 ) merupakan zine underground yang pertama di Malaysia tetapi menurut Joe Kidd sebelum itu sudah terdapat sebuah lagi zine di Terengganu iaitu Huru-Hara. Menurutnya editor zine tersebut hanya diedarkan di kalangan rakan-rakannya sahaja di Kuala Terengganu. Zine Aedes hanya wujud hingga isu ke tujuh sahaja. Zine-zine tersebut pada awalnya hanya ditulis tangan atau ditaip sahaja ( menggunakan manual typewriter ) dan kemudian difotostat serta diedarkan kepada rakan-rakan mereka di dalam dan luar negara. Sebuah zine dari Ipoh iaitu Krenmaut yang diusahakan oleh Sam ( Batara Guru ), Ajak dan Bearkey juga adalah antara zine yang terawal. Selepas tahun 1993 bermacam-macam zine yang keluar dan boleh dikatakan tedapat di seluruh negara terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Pahang. Antaranya ialah Heartcore, Buddy Holly, Suffer Age, Mukus, Obscure People, Earslaughter, Piss of Mine, Nathias, Verization, Noisy Scene dan banyak lagi. Ada antara zine tersebut yang masih wujud sehingga kini seperti NathiasMukus.


Pada waktu yang sama, scene underground berkembang dengan begitu pesat. Antara yang begitu aktif ialah di Kuala Lumpur, Ipoh, Kuantan dan Pulau Pinang. Pada awalnya hanya muzik metal sahaja yang menduduki 'carta underground' dan begitu banyak diadakan di kelab-kelab. Pada waktu ini sudah banyak band metal ditubuhkan seperti Silent Death, Suffercation, Infectious Maggots, dan banyak lagi. Kebanyakan daripada band-band ini berpusat di Kuala Lumpur dan sering membuat 'meeting' di Central Market. Bandaraya Ipoh juga antara yang paling aktif melahirkan band-band metal yang power. Antaranya ialah Langsuyr, Profane Creation, Necrotic Chaos, Athotorgh dan banyak lagi. Di Sarawak juga terdapat scene yang aktif dengan band metal seperti Senseless, Sputum dan Kremation.


Pada waktu tersebut juga terdapat band black metal seperti Aradia, Nebiras, Bazzah, Hayagriva, Misanthrope, Mistik, Nakaratul Khaum dan macam-macam lagi. Selepas itu wujud bermacam-macam lagi band beraliran metal seperti Narsamum, Infernal Void, Silo, Kerrasuk dan pelbagai lagi band dengan konsep metal yang pelbagai. Kebanyakan daripada band tersebut juga sudah mula merakam album di bawah label-label independen yang wujud untuk menyokong scene underground seperti Dark Journey Records, Ultra Hingax Productions dan Sonic Asylum Records.





"Support our local underground scene"

Friday, April 24, 2009






PUNK ROCK

Punk rock adalah genre muzik yang berkembang pada tahun 1974 sehingga 1976 di negara Amerika Syarikat, UK dan Australia. Muzik ini berkembang daripada genre garage rock gabungan-gabungan lain seperti protopunk muzik. Genre ini berkembang daripada elemen dan gaya daripada genre seperti Rock n Roll, Rockability Garage rock Psychedelic rock, Glam rock, Pub rock dan Protopunk. Mula menjadi maistream pada tahun 1970 apabila mula menjadi genre muzik yang digemari ramai peminat terhadap genre muzik jenis ini.


Muzik punk rock ini menghasilkan muzik yang laju,
keras serta mempunyai lirik yang pendek dan bercorak pemerasan perasaan dan kebanyakannya mempunyai unsur politik. Pada penghujung 1976 kumpulan seperti Ramones di New York dan the Sex Pistols dan The Clash di London telah dikenali sebagai Kumpulan yang membaru muzik baharu. Pada penghujung tahun inilah Mulalah Muzik Genre ini mula berkembang ke seluruh dunia. Genre ini diikuti dengan Altitude Sub-budayanya mula menjadi pegangan kepada fenomena di UK. Altitude seperti memberontak, dan berpakaian ala-ala punk menjadi ikutan. Pada permulaan tahun 1980 an, dengan pantas secara agresifnya harcore dan oi menguasai pengaruh pembawaan genre Punk rock. Pemuzik cuba menghasilkan kelainan yang diispirasikan oleh punk menghasilkan variasi yang pelbagai mencetuskan penghasilan genre post-punk dan kepada pergerakan Alternative Rock. Masuk abad baru iaitu abad ke 20, kewujudan seperti muzik pop punk yang telah diangkat oleh mainstream dengan kemunculan band seperti Offspring. Greenday, simple plan mula tersebar luas.