Pencinta muzik Underground “bawah tanah”
Keadaan di Malaysia dimana pekembangan muzik berkumpulan secara bawah tanah amat menggalakkan khususnya dikalangan generasi muda zaman sekarang. Gelombang ketiga menyusuri pada abad ini di mana pengaruh muzik bawah tanah semakin kuat. Kemunculan pelbagai kumpulan-kumpulan bawah tanah bergiat aktif di
Kebanyakkan masyarakat yang kurang mengenali dengan istilah underground ini dengan mengaitkan pemuzik bawah tanah ini membawa elemen-elemen negatif yang meruntuhkan akhlak. Namun melalui aktiviti inilah dapat mengelakkan pemuda-pemudi daripada melakukan perkara yang boleh merosakkan diri mereka. Dengan penumpuan terhadap bakat masing-masing, dalam penciptaan muzik, pengkajian muzik dan bermain muzik di kalangan mereka boleh menjadi satu hobi yang amat berguna di samping membolehkan mereka berfikiran kreatif dalam mencipta lagu.
Istilah ‘underground’ digunakan membawa erti artis bawah tanah yang tidak dikomersialkan dan mereka bermain di gigs atau di bawah pengajuran syarikat kecil-kecilan dan mereka tidak terikat dengan mana kontrak dengan syarikat hiburan yang komersial atau tidak tergolong dalam kalangan artis Mainstream. Underground juga membawa maksud kelainan di mana mereka mencipta kelainan pada muzik mereka, mempunyai personaliti yang berbeza, mempunyai pemilihan terhadap genre masing-masing. Istilah underground ini juga membawa maksud Independent band di mana mereka berdiri sendiri di atas kaki mereka dalam penghasilan album mereka. Pelbagai genre di bawa oleh mereka, dan kebanyakkan pengaruh muzik datang darip
ada barat dan terdapat juga di jepun.
Kumpulan-kumpulan underground di Malaysia seperti Acid, Another Side, Butterfingers, Candy, Cronic Mass, Eastrules, Dead Mashroom, Disaster Funhouse, Nigtmare, IntoXicated, Nice Stupid Playground, Sil Khanaz, Spiral Kinetic Circus, The Beads, The Pilgrims dan banyak lagi, kalu nak senarai sampai esok x abis.
Sejarah Underground di Malaysia
Sejarah underground di Malaysia ini sudah pun dimulakan oleh segelintir remaja pada lewat 70an dahulu. Mereka pada mulanya lebih terpengaruh kepada muzik punk setelah banyak membaca majalah-majalah dari
Pada peringkat awal ia tidak dilabel muzik underground kerana tidak wujud suasana bertukar-tukar demo tape, maklumat dan membuat fanzine sendiri. Material-material dari luar negara ( album, demo dan majalah ) masih lagi tidak dijual di sini. Kebanyakannya hanya dibawa oleh pelajar-pelajar di luar negara dan mana-mana mamat yang berminat cuma fotostat dan dubbing sahaja daripada mereka.
Bermula pada tahun 1988, keadaan sudah menjadi semakin hangat apabila sudah ramai remaja yang berminat muzik sebegini. Muzik tersebut sudah mula diklasifikasikan dengan lebih spesifik sperti death metal, industrial, grindcore dan black metal. Kalau sebelum itu jika sesuatu muzik itu lebih berat daripada heavy metal, ianya dipanggil thrash metal. Selain daripada band-band yang disebutkan tadi, sudah ada band yang memainkan muzik yang lebih ganas konsepnya iaitu black metal. Antara band black metal terawal ialah Black Fire, Rator dan Vulga. Pada tahun itu juga sebuah konsert thrash metal pertama kali telah diadakan di Stadium Negara dengan aksi band Punisher, Nemesis, Saxo dan Slap Death. Penonton dianggarkan sekitar 6000 orang walaupun sebelum beberapa buah media tempatan mengatakan konsert tersebut tidak akan mendapat sambutan ekoran daripada jenis muzik yang dibawakan.
Suasana underground mula wujud apabila sudah banyak band mula merakamkan demo, membuat fanzine dan sudah ada gig secara kecil-kecilan. Muzik thrash, black dan death metal telah dilabel sebagai muzik underground. Pada penghujung tahun 1989, Rator telah
merakamkan demo mereka yang pertama iaitu 'Evil Symphony' di Hellion Studio, Sil Khannaz juga telah ditubuhkan pada waktu ini. Fanzine juga telah mula wujud dan antara yang terawal ialah Aedes ( Joe Kidd ) dan Thrash Attack ( Aziz ). Zine Thrash Attack hanya dikeluarkan sehingga isu ke lapan sahaja dan selepas itu Aziz menyambungnya dengan zine Vortex From The East.
Pada waktu yang sama, scene underground berkembang dengan begitu pesat. Antara yang begitu aktif ialah di
Pada waktu tersebut juga terdapat band black metal seperti Aradia, Nebiras, Bazzah, Hayagriva, Misanthrope, Mistik, Nakaratul Khaum dan macam-macam lagi. Selepas itu wujud bermacam-macam lagi band beraliran metal seperti Narsamum, Infernal Void, Silo, Kerrasuk dan pelbagai lagi band dengan konsep metal yang pelbagai. Kebanyakan daripada band tersebut juga sudah mula merakam album di bawah label-label independen yang wujud untuk menyokong scene underground seperti Dark Journey Records, Ultra Hingax Productions dan Sonic Asylum Records.
"Support our local underground scene"